Aduan dan Maklumbalas Peta Laman

Unit Pematuhan (Pemantauan, Penyelidikan & Penguatkuasaan)

Pengenalan

Unit ini bertanggungjawab memastikan perlaksanaan semua dasar, polisi dan strategi berhubung dengan pemantauan makanan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Fungsi Unit

1. Pemantauan & Penyelidikan

  1. Merancang, melaksanakan dan menilai aktiviti pematuhan di peringkat negeri.
  2. Memastikan perlaksanaan semua dasar, polisi dan strategi berhubung dengan  pemantauandan pematuhan makanan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
  3. Menyiasat setiap ketidakpatuhan yang dikesan hasil daripada pemantauan.
  4. Mengumpul, menganalisa dan menilai data pemantauan dan pematuhan di peringkat negeri serta menyediakan laporan.
  5. Mengurus pangkalan data NFAS (National Food Contaminant Assessment System)
  6. Menjalankan program Total Diet Study (TDS)

2. Perlesenan, Kilang & Eksport

  1. Memantau kilang/pengimport yang telah diberi lesen-lesen dibawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan -peraturan Makanan 1985.
  2. Menyelaras dan memproses permohonan bagi perlesenan mesin jual air (MJA) air mineral semulajadi (AMS) dan air minuman berbungkus (AMB).
  3. Bertanggungjawab sebagi urusetia bagi Jawatankuasa Perakuan bagi pelesenan AMS, AMB dan kilang ais.

3. Penguatkuasaan

  1. Memantau pematuhan di bawah perundangan makanan melalui aktiviti persampelan dan pemeriksaan premis.
  2. Memantau kilang/pengimport yang telah diberi lessen-lesen di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.
  3. Menyiasat aduan pengguna berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan
  4. Mengawalsedia perlaksanaan QAP negeri
  5. Menguruskan reten-reten bulanan dan tahunan Program Keselamatan dan Kualiti Makanan Negeri.
  6. Menyelaras operasi dan alert keselamatan makanan peringkat WPKL.
  7. Mengurus perlakasanan FoSIM domestik dan import di peringkat WPKL.
  8. Merancang dan memantau aktiviti pemeriksaan premis dan pensampelan makanan (domestik & import)
  9. Menjalankan khidmat nasihat dan pakar rujuk berkaitan Akta Makanan 1983 dan semua peraturan dibawahnya kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan pihak Industri.
  10. Menyelaras dan menjalankan aktiviti risikan berkaitan keselamatan, kebersihan dan kualiti makanan
  11. Menyelaras dan menjalankan pendakwaaan di makhamah bagi pelanggaran yang dikesan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA (JKWPKL&P)
Jalan Cenderasari
50590 Kuala Lumpur

Telefon : 03-22687333
Laman Web : jknkl.moh.gov.my

Paparan Terbaik

Paparan terbaik menggunakan pelayar web Google Chrome, Microsoft Edge, Firefox versi terkini.

Resolusi terbaik  1920 x 1080px untuk Desktop @ Laptop dengan zoom view 100%

Mobile Web

QR-Code dieser Seite

Statistik Pelawat

Hari ini 10

Semalam 25

Minggu Ini 470

Bulan Ini 754

Keseluruhan 222,268