Aduan dan Maklumbalas Peta Laman

Cawangan Amalan Dan Perkembangan Farmasi

Pengenalan

Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi (A&P) secara umumnya merancang, menyelia dan memantau Perkhidmatan Farmasi di semua fasiliti kesihatan di JKWPKL&P yang merangkumi 2 buah hospital dan 20 buah klinik kesihatan di bawah 5 buah Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Fungsi

  1. Merancang, menyelaras serta memperkembang perkhidmatan farmasi berkaitan aspek klinikal dan teknikal, logistik farmaseutikal, eperolehan serta agihan peruntukan ubat, bukan ubat, vaksin dan reagen.
  2. Merancang dan menyelaras amalan dan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal bagi memastikan farmakoterapi pesakit selamat, berkesan serta mencapai kesan terapeutik optimum di fasiliti hospital dan kesihatan.
  3. Pemantauan kualiti perkhidmatan farmasi dengan menjalankan Audit Dalaman Amalan Farmasi (ADAF), memantau aktiviti Petunjuk Prestasi Utama (KPI), program Quality Assurance (QAP) dan Piagam Pelanggan serta menggalakkan penglibatan dalam     program-program peningkatan kualiti lain yang dijalankan di peringkat negeri dan KKM.
  4. Pemantauan isu-isu berkaitan komponen farmasi dalam aplikasi sistem Information and Communications Technologies (ICT) dan pelaksanaan Pharmacy Information System/Clinic Pharmacy System (PhIS/CPS) serta pembangunan infrastruktur di semua fasiliti     farmasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.
  5. Menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan penggunaan ubat yang berkualiti dan pendidikan tentang penggunaan ubat-ubatan secara rasional.
  6. Memberi pendidikan kepada orang awam mengenai cara penggunaan ubat berkualiti supaya kefahaman dan pengetahuan mengenai ubat-ubatan ditingkatkan untuk menggalakkan kepatuhan dan hasil rawatan yang baik.
  7. Menyedia akses dan maklumat ubat-ubatan yang tepat, tidak berat sebelah dan relevan untuk disebarkan kepada orang awam melalui sebaran risalah, laman web dan media massa.
  8. Pemantauan latihan dan aktiviti berkaitan keselamatan pengubatan dan pelaporan kesan yang tidak diingini ubat (adverse drug reaction).
  9. Menyelaras dan memantau aktiviti serta audit berkaitan Pengurusan Rangkaian Sejuk (cold chain) di fasiliti JKWPKL&P.
  10. Menyelaras dan memantau perlaksanaan aktiviti Tambah Nilai Farmasi/Value Added Services (VAS) dan menjalankan aktiviti-aktiviti kualiti seperti Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan Quality Assurance (QA).

JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA (JKWPKL&P)
Jalan Cenderasari
50590 Kuala Lumpur

Telefon : 03-22687333
Laman Web : jknkl.moh.gov.my

Paparan Terbaik

Paparan terbaik menggunakan pelayar web Google Chrome, Microsoft Edge, Firefox versi terkini.

Resolusi terbaik  1920 x 1080px untuk Desktop @ Laptop dengan zoom view 100%

Mobile Web

QR-Code dieser Seite

Statistik Pelawat

Hari ini 11

Semalam 25

Minggu Ini 471

Bulan Ini 755

Keseluruhan 222,269